Quantcast
Channel: The Story of Luna Family » Breastfeeding
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Kenapa Susu Saya Sedikit

$
0
0

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Sepanjang petang mood mokcik ialah Cinta Muka Buku
Begitu juga runut bunyinya – oleh Najwa Latif

Tepat pukul 3 petang, saya makan nasi dan keluar bekerja
Iaitu merancang sesuatu di tempat lain selain rumah (hah, iyelah sangat kan..ekeke)
Rancangan saya ialah balik daripada tempat tersebut, saya mahu singgah ke Jusco

Tetapi Jusco Cheras Selatan ada Member’s Day pula hari ini 21 Julai 2011
Sangat ramai orang yang datang siap ada pasukan RELA
Acik Sue tak rela bersesak sesak nanti kang tercabut stokin semasa pantang ni..ha macamana?

Fikir punya fikir punya fikir
(Bersungguh sungguh acik Sue cari tempat nak berjalan)
Kami singgah di Bangi Kopitiam Bandar Tun Hussein Onn
Ini tempat penggambaran drama ‘Keranamu Laila’ – tempat hero (tak ingat nama tapi jadi ‘Tajul’ dalam Dunia Baru) tu berkerja
Masa saya datang tadi, dia tidak berkerja.. ekeke

Saya nak ambil gambar manager disini tapi bimbang mencerobohi hak privacynya
Jadi biarlah saya ambil gambar saya sendiri dan bercerita mengenainya
Manager itu sangat rajin!
Masa kami sampai, dia mengalu alukan kami dan memperkenalkan dirinya sebagai manager
Dia juga melayan customer dengan baik, kadang kala datang ke meja kami bertanya adakah semua nya OK
Adakah semua makanan sudah sampai

Dan sampai berpeluh peluh dia berkerja
Sekejap cuci cermin, sekejap lap meja, kemudian beri ikan makan
Fuh…letih saya lihat manager itu
Ianya suasana yang jarang dilihat di Malaysia
(Ha a, macamlah awok pernah ke luar negara..ekeke)

Tahniah Encik Manager Bangi Kopitiam!

Manager (Pengurus Keluarga bukan Perancang Keluarga ) yang dibawah ni tak lalu buka mata
Letih baca buku..ekeke
Sebenarnya lebih letih menguruskan anak kecil berumur sebulan yang tak mahu diletak ini
Mujur abang abangnya sudah boleh meng’entertain’ diri mereka sendiri

Dear all IBLCE-to-sit-mommies,
It’s not easy what we are doing. I’m sure that we’ll look back on this time and say to ourselves “how did I do that?”
But we will do it…
One step at a time.

 

Kenapa suram?
Sebab memang dah suram..ekeke
Menjadi 29 bukan mudah

Saya terjumpa gambar di FB kawan (tahun 2008 – semasa masih berkerja di ZEN)
Ini 3 tahun lepas semasa 26 tahun, memanglah kurang masalah…cis cis
Sekarang ni tinggal kening kiri tak bercantum dengan kening kanan sahaja

Hang in there, and I’m sure I will find a creative solution that works for me!

Gambar menyusukan Alya sambil mengepam
Botol susu dikepit dengan kaki milik gadis 4.5kg

Hazah ialah teman yang sering berkunjung ke Lunatots Amcorp Mall
Terima kasih Hazah atas sokongan Hazah terhadap Sue selama ini!

Menjawab kepada kerisauan Hazah
Kita dapat perkataan ‘banyak’ atau ‘sikit’ kerana ada perbandingan
Tambah dalam dunia serba keterbukaan ini iaitu bila melihat gambar susu teman yang lain
Banyak faktor mempengaruhi penghasilan susu ibu
Dan jawapan Sue ini hanya secara general
Dimana Sue mungkin salah dan jawapan ini mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan Hazah
Namun Sue cuba sebaiknya ya!
Ilmu yang sedikit, di kongsikan bersama

1 – Jenis Pam
Faktor seperti jenis pam perlu diambil kira
Benar, pam yang berkualiti menyumbang namun yang paling penting ialah kefahaman ibu mengenai kepentingan mengosongkan payudara supaya susu baru dapat dihasilkan
Bagi ibu yang mahir dengan Teknik Marmet, you are blessed!
Ianya teknik perahan yang paling baik berikutan skin-to-skin contact yang berlaku semasa memerah

2 – Masa Mengepam
Some people have recommended to pump for 20+ minutes, however Mitoulas (2002) has demonstrated that 99.4% of breastmilk is removed within 5 minutes!
Untuk ibu yang sibuk seperti Hazah, 20 minit bukanlah mudah untuk diluangkan
Dengan bayi sekecil yang kita ada dan anak yang lebih besar mahukan perhatian
Bagaimana kita nak minta 20 minit daripada mereka…ekeke
5 ke 10 minit sudah memadai, namun perah/pam dengan lebih kerap

3 – Kapasiti Susu Setiap Ibu Berbeza
Payudara yang kecil tidak bermakna kapasiti susunya kecil begitu juga bagi ibu yang mempunyai payudara besar tidak semestinya mempunyai kapasiti susu yang besar kerana ianya dipengaruhi oleh glandular tissue masing masing
Kelebihan bagi ibu yang mempunyai kapasiti susu yang besar ialah kurang kekerapan untuk menyusukan anak atau mengepam susu
Sementara ibu yang mempunyai kapasiti susu yang kecil perlu menyusukan anak lebih kerap (begitu juga dengan mengepam)
Contohnya begini:

Tangan A kecil jadi dia dapat membawa 5 lampin Lunatots dalam satu masa (haha – contoh apakah)
Tangan B lebih besar dan dia dapat membawa 15 lampin dalam satu masa
A juga boleh membawa 15 lampin namun dia perlu melakukannya sebanyak 3 kali!

Banyak faktor mempengaruhi kapasiti susu dan jangan disalah tafsir perkongsian saya ini ya
Yang cuba saya sampaikan, kita sama sama boleh menghasilkan susu yang sama banyak namun mungkin dengan cara yang sedikit berbeza

4 – Tekanan
Bukan mudah menjadi ibu yang menyusu dan mengepam tambahan lagi dengan bebanan kerja rumah
Tekanan yang dialami akan mengganggu hormon oksitosin untuk berkerja dengan baik

InsyaAllah Hazah akan kembali bertenaga dan sihat dalam masa terdekat
Sentiasa assemble set pam dan pam bila berkesempatan
Sue jarang basuh set corong dan botol dengan air panas atau sterilizekan kerana kesuntukan masa (okeh, malas)
Namun sekarang ada macam macam alat yang boleh membantu mensterilizekan botol dan corong mengepam dengan cepat seperti microwave steam bags

Keluar ambil angin di luar untuk melegakan keresahan ya Hazah!
Mungkin Sara bole dihantar ke nursery pada hari siang (buat sementara mamanya berehat)

Jaga diri ya ibu ibu kerana anda perlu menjaga kesemua mereka. Ya kesemua, termasuk bapa..ekeke

Laman muka buku Mommy Luna ialah facebook.com/suelunatots
Tinggalkan msg untuk saya approve friend request ya!

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Trending Articles