Quantcast
Channel: The Story of Luna Family » Breastfeeding
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Tandem Nursing

$
0
0

Pagi semalam ada bunyi buzz alert di handphone saya
Rupanya saya tandakan Expected Due Date (EDD) saya di handphone dari masa mula mula mengandungi
Pejam celik pejam celik, Dzakwan dah berusia 5 hari
IMGP3176

Teringat masa survey2 beg untuk ke hospital (sebelum bercita cita untuk homebirth)
Saya pegang tak mahu lepas beg yang ni
Suami “amboi, macam nak pergi bercuti 3 hari 2 malam” keke
Sudahnya saya tak beli dan bawa paper bag je berbondong2 ke hospital

02112009429

Esok dah hari Jumaat dan hampir seminggu sebelum kejadian kelahiran minggu lepas
Rasa macam tak percaya gosok2 mata yang minggu lepas saya sakit di’pitocin’ kan
Dan senyum senyum update blog sebelum masuk Operation Theather (OT)
Rasa lega sangat bila drip pitocin tu dicabut dari saya
Tapikan, logiknya..walaupun drip tu dah dicabut, masih ada pitocin yang mengalir dalam badan saya kan?
Maksudnya, surge itu masih sama kuat cuma perasaan saya sangat ‘lega’ dan tak rasa sakit sehingga larat berjalan ke toilet dulu
Itulah the power of mind kan?

Sementara menantikan doktor di belakang membuat persiapan
(Dia tunduk je, saya agak dia buat kira kira matematik panjang pembedahan yang diperlukan..ekeke)

Kellass ‘tudung’ saya siap ada serkup
Rambut keluar2 tu adalah trademark..ikiki..
*Ayg, tudung tak sama color uniform pink sbb Alg nampak gemuk dalam warna maroon..ekeke

IMGP3164

Tuiiiiii… lompat ke hari kedua iaitu Sabtu
Motif gambar di bawah ialah, saya sudah bangun berjalan jalan pada 9 am Sabtu
Gumbira huii…salur kencing pun sudah diremove dari saya
Teruja ke hulu ke hilir dalam bilik sorang2
(Masa ni suami pulang sekejap ke rumah untuk ambil Iki)

21112009480

Sambil selak selak paper (selak saje…hihi), nampak iklan Prosperity Burger
Wowowo..saya boleh makan burger prosperity hari hari!
Ianya dalam list yang menggembirakan saya!

21112009481

Ammar Zikry, lahir Jumaat 14 Disember 2007
bersamaan dengan 4 DzulHijjah 1428.
3.02kg, 9.15 am at HUKM Specialist Centre
(Aidiladha 2007 jatuh pada 20 Dis 2007-6 hari usia Iki)

1_829244760l

Ammar Dzakwan, lahir Jumaat 20 November 2009
bersamaan dengan 3 DzulHijjah 1430
3.15kg, 3.25 am at Hospital Pantai Cheras
(Aidiladha 2009 jatuh pada 27 Nov 2009 – 7 hari usia Dzakwan)

*Maksudnya birthday Iki & Dzakwan selang sehari dalam bulan Islam :)

DSC_6300

Saya tambah tips menyusukan anak semasa di hospital iaitu berbaring

DSC_6294

*Nursing shirt dari Mumdreams

  1. Tinggikan sedikit bantal ibu
  2. Minta bantuan orang lain untuk meletakkan bayi secara mengiring (90 darjah) kepada ibu (sekiranya ibu bersalin caesar)
  3. Sendal bantal di belakang ibu & bayi
  4. Biarkan kepala bayi di atas tilam dan bukannya di atas tangan ibu
  5. Ibu berkeadaan selesa

Berbahagialah, anda boleh menyusukan secara berbaring dari hari pertama kelahiran!

Penyusuan waktu malam saya kali ini tidak se’penat’ sewaktu menyusukan Iki (2007)
Saya cuma perlu mengiringkan Dzakwan untuk disusukan
Dimana dalam banyak kiraannya, kami sama sama tertidur semasa/selepas penyusuan
Cuma daddy perlu bangun sekali atau dua kali (waktu malam) untuk menukar CD Dzakwan sebab baby poo dengan kerap
What goes in must come out kekdahnya..hihi

Yay, kami berjaya memuatkan 4 orang di atas katil
Masing2 sedar diri tidur keras kejung takleh lesak2
Plan kami, bila Iki 4 tahun & Dzakwan 2 tahun
Kedua dua mereka buleh ditempatkan di bilik yang berlainan untuk memberi mommy & daddy lebih privacy (nyeh nyeh)

Ini minggu yang ‘tough’ untuk Iki
Hari hari sedih sokmo, minta lebih perhatian
Bila Dzakwan merengek dan saya tanya “adik nak susu ye?”
Iki jawabkan “adik tak nak susu, mommy. tak payah”
Dan ada banyak lagi dialog lain yang men’sayu’ kan hati ibu

DSC_6303

Tapi saya percaya, yang kegembiraan itu lebih terasa bila dikongsi bersama yang istimewa
That is the beautiful of tandem nursing!

DSC_6305

*Di ambil dari blog Shidah yang baru melahirkan Asri Irfan
Tahniah dear!

Rujuk Pa&Ma Disember 2009 untuk artikel Tandem Nursing oleh Puan Farah

Nota mommy Luna : Tiada harga yang sama dengan rasa menyusukan 2 anak serentak..Tiada..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Trending Articles